Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /home/myssamy/public_html/wp-content/themes/Divi/includes/builder/functions.php on line 2182
Keahlian | MySSA

Pendaftaran Keahlian

SYARAT KEAHLIAN

Keahlian MySSA adalah terbuka kepada:-

1 Semua pelajar / siswazah / graduan universiti dalam bidang pengajian Islam dan bahasa arab
2 Berumur di antara 18 dan 35 tahun.

Permohonan anda akan dinilai oleh Jawatankuasa Pusat MySSA. Sekiranya diluluskan, yuran pendaftaran keahlian akan dikenakan.

MANFAAT KEAHLIAN

Manfaat menjadi ahli MySSA, antaranya termasuk tetapi tidak terhad kepada:

1 Mendapat diskaun sehingga 50% untuk yuran penyertaan bagi setiap program berbayar anjuran MySSA (Atau akses percuma bagi program-program percuma*).
2 Mendapat diskaun sehingga 20% ke atas MANA-MANA SATU pembelian buku-buku Datuk Dr. Mohd Daud Bakar dan/atau buku-buku penerbit lain berdasarkan kerjasama antara MySSA dengan mereka dari masa ke masa.*
3 Berpeluang menerima jemputan untuk bertemu dan berwacana dengan tokoh-tokoh ternama dari dalam dan luar negara dalam sesi tertutup.*
4 Berpeluang terpilih dalam program Mentor-Mentee*.
5 Berpeluang untuk mendapat latihan industri/intership (berdasarkan proses temuduga dalaman MySSA).*
6 Berpeluang untuk diberikan keutaaman menghadiri program-program anjuran pihak ketiga tetapi mempunyai kerjasama dengan MySSA seperti acara tahunan KLIFF dan juga Muzakarah Syariah KLIFF
secara percuma.*
7 Berpeluang menerima tajaan biasiswa secara separa bagi mengikut program persijilan “Sekolah Kehidupan”.*

*tertakluk kepada terma & syarat.

YURAN KEAHLIAN

Yuran keahlian MySSA meliputi:-

a) Yuran pendaftaran; dan
b) Yuran tahunan.

Yuran MySSA :

Pendaftaran : RM100
Tahunan : RM50

 

Promosi Khas sempena 2017 (Waktu terhad sahaja)
  GRADUAN PELAJAR
Pendaftaran RM70 RM30
Tahunan RM50 RM25

 

PROMOSI ISTIMEWA SEMPENA PELANCARAN MySSA
Bagi 1000 ahli pertama yang mendaftar, anda hanya perlu membayar Yuran Keahlian seperti berikut:-

 

  GRADUAN PELAJAR
Pendaftaran RM50 RM25
Tahunan RM25 RM25

 

*Status Pelajar adalah bagi mereka yang masih belajar dan berumur antara 18 tahun sehingga 25 tahun.

PENDAFTARAN KEAHLIAN