Program

 

Program

MySSA mengendalikan lima (5) Program Utama berikut:-

 

a. Young Shariah Scholars Sanad Series (“YSS”)

Young Shariah Scholars Sanad Series (“YSS”) adalah sebuah siri pengajian kesusasteraan klasik Islam berstatus “dianugerahi-ijazah”/pensijilan yang bertujuan untuk mengukuhkan pemahaman cendekiawan muda Syariah dalam bidang pengajian Islam menggunakan bahan-bahan terpilih bermutu tinggi melalui kaedah pengajian khas yang mendalam, kulit-ke-kulit serta menyeluruh.

Program Sanad MySSA

1 Sahih Muslim – Syarah Imam al-Nawawi
2 Riyadh As-Solihin – Imam al-Nawawi.
3 Al-Muwatta’ – Imam Malik.
4 Raudhah At-Thalibin – Imam al-Nawawi.

 

b. Young Shariah: Mindset

“Young Shariah: Mindset” adalah program seputar pemupukan pemikiran serta minda cendekiawan muda Syariah yang tepat dalam disiplin ilmu yang luas dan pelbagai melangkaui bahan pengajian Islam klasik serta dalam menganalisa perkara-perkara di sekeliling kita – sentiasa dari sudut pandang Syariah yang tepat dan jitu. Modul asas program ini terdiri dari 20 topik terpilih. Para pengajar juga terdiri dari personaliti yang berkelayakan dari latar belakang yang pelbagai.

c. Young Shariah: Skillset

“Young Shariah: Skillset” adalah program seputar pelaksanaan, pengamalan, serta pengolahan pemahaman dan konsep-konsep kepada perlakuan dan pengamalan. Ia adalah tentang memberi impak dari tindakan-tindakan kecil yang strategik. Ideanya adalah untuk menterjemahkan konsep “Shariah adalah Kehidupan” ke dalam kehidupan sehari-harian. Modul asas program ini terdiri dari 20 topik terpilih. Para pengajar juga terdiri dari personaliti yang berkelayakan dari latar belakang yang pelbagai.

Kursus Kemahiran skil MySSA

1 Skil Penulisan.
2 Skil Wawancara.
3 Skil Dakwah.
4 Skil Pengurusan Masa.
5 Skil Penampilan di Studio.
6 Skil Penguasaan Bahasa Inggeris.
7 Skil Asas dan Amalan Keusahawanan.
8 Skil Aktiviti Relif.
9 Skil Cara Menjawab Peperiksan Syariah dan Pengajian Islam.
10 The 101 Series | [PROGRAM TERKINI ] Tarikh: 5hb Ogos 2017 | Masa : 8.00 pagi – 6.00 petang
Lebih Info & Daftar Program
d. Young Scholars Executive Masterclass (“YEM”) - Foresight@MySSA

Young Shariah Scholars Executive Masterclass (“YEM”) adalah sebuah siri pendidikan khas yang direka khas yang bertujuan untuk memupuk pemikiran cendekiawan muda syariah yang tepat mengukuhkan pemahaman cendekiawan dalam disiplin ilmu yang luas dan pelbagai melangkaui bahan pengajian Islam klasik. Para pengajar juga terdiri dari personaliti yang berkelayakan dari latar belakang yang pelbagai.

Link program disini.

e. Young Shariah Scholars Discourse Series (“YSD”)

Young Shariah Scholars Discourse Series (“YSD”) adalah sebuah siri perbincangan intelektual dalam kalangan Cendekiawan Muda Syariah dalam disiplin ilmu yang luas dan pelbagai melangkaui bahan pengajian Islam klasik. Dengan tujuan membincangkan satu topik khusus dalam setiap pertemuan, ia akan menjadi sebuah wadah bagi Cendekiawan Muda Syariah untuk membentangkan, mengolah, membincangkan, serta berdiskusi berkenaan tajuk-tajuk asas yang terkait dengan pengajian Islam.

 

Diskusi Ilmiah MySSA

1 Fatwa, Istifta’ dan Ifta’
2 Al-Muwafaqat : al-Shatibi
3 Syariah Adalah kehidupan
4 Eko-Sistem industri Halal