Tentang Kami

Pengenalan / Latarbelakang
Gagasan penubuhan sebuah organisasi khusus bagi memelihara kebajikan serta memajukan pengetahuan siswazah, graduan, cendekiawan muda serta pengamal dalam bidang Syariah telah pun dibincangkan dalam kalangan komuniti Syariah beberapa ketika dahulu. Namun idea tersebut telah sekali lagi dijelmakan dan dicetuskan dalam bentuk yang lebih segar diinspirasikan dari gagasan YBhg. Datuk Dr. Mohd Daud Bakar – seorang tokoh Cendekiawan Syariah ulung negara serta pemimpin korporat – seterusnya cabaran tersebut telah disahut oleh sekumpulan graduan dan cendekiawan muda Syariah.
Cadangan nama “Persatuan Cendekiawan Muda Syariah Malaysia” (Malaysia Young Shariah Scholars Association) (PPM-010-14-19062017) telah dipersetujui bagi mewakili gagasan bagi mempromosikan kerjasama erat dalam kalangan pihak-pihak berkepentingan serta berkaitan dalam bidang dan ruang lingkup Syariah serta Pengajian Islam.
Buat permulaan, operasi MySSA akan ditadbir oleh sebuah Sekretariat Bersama yang dianggotai oleh Amanie Holdings Ltd dan Tawafuq Consultancy Sdn Bhd.
Objektif
Menyediakan sebuah wadah rasmi bagi memelihara keperluan dan kebajikan, menilai dan membangunkan, mempersiapkan, memupuk, dan meningkatkan keupayaan serta pencerdasan pemikiran cendekiawan muda syariah khususnya di Malaysia.
Struktur Jawatankuasa MySSA
Penaung
Datuk Dr. Mohd Daud bin Bakar
Majlis Penasihat
Dr. Khairul Anuar bin Mohamad
Ahmad Naim bin Jaafar
Ustaz Ramadhan Fitri
Presiden
Ahmad Mu’az bin Mohd Nawawi
Timbalan Presiden
Muhammad Aiman bin Mohamad Salmi
Setiausaha Agung
Usamah bin Ahmad Kamal
Bendahari
Ahmad Hamzah Md. Daud
Ahli Jawatankuasa
Muhammad Adam Mohd Adnan
Nadiyah Syahira bt Nordin
Muhammad bin Ahmad Zahid
Ahmad Firdaus bin Kadir
Ahmad Mursyid bin Halim
Sijil Pendaftaran Persatuan